Semalam Ada Pelangi

Semalam Ada Pelangi

Hari ni berjaulah ke Gerik, Perak untuk hadiri walimah kenalan. Dan bersama saya buku ni yang baru dibeli semalam.

Alhamdulillah selesai menamatkan bacaan sebelum kembali ke Nilai. Buku yang mengisahkan kehidupan dua orang pemuda berlainan benua.

Berbeza dengan buku-buku lain, gaya penulisan yang santai boleh mendekatkan penulis dan pembaca. Walaupun hanya setebal 142 halaman, namun buku ini cukup untuk mengajak kita berfikir dan merenung diri.

Benarlah kata penulis buku, Ustaz Syed Ahmad Israa’,

Sifat membeli buku itu adalah baik, tetapi andai dapat membacanya adalah lebih baik. Tetapi yang paling terbaik adalah yang dapat mengambil manfaat darinya dan membumikannya.

Moga dapat mengutip pengajaran dan mempraktiskannya di dalam kehidupan.

Boleh dapatkan buku tulisan saudara Asyraf Farique (Aku Bukan Suparmen) dan Ustaz Syed Ahmad Israa’ ini di kedai buku berdekatan.

Tips Tak Boros & Umrah 2015

Sembang dengan kakak2 ofis. Depa bagi tips kalau nak berjimat dan tak nak boros, hadiahkan diri sendiri dengan satu barang setiap kali gaji. Baki duit tu boleh menyimpan.

Saya hanya diam sambil berfikir sehingga ditanya apa yang saya selalu beli untuk diri sendiri setiap kali gaji.

Selain belanja orang makan dan buat orang rasa hepi, setiap kali gaji saya akan asingkan sebahagian untuk saya buat umrah. Sedikit argumentasi berlaku di situ. Ada yang tak setuju dengan cara saya, ada juga yang setuju.

Entah la. Mungkin saya bukan yang jenis materialistik. Bagi mereka yang gemarkan barangan, mungkin boleh cuba tips tu. Tapi bagi yang jenis macam saya, mungkin boleh simpan dan manfaatkan duit tu untuk bercuti dan sebagainya.

Kaaba_mirror_edit_jj

[kredit]

Bagi saya, azam nak pergi umrah tahun ni buat saya lebih berjimat dan fikir dua tiga kali sebelum buat keputusan beli sesuatu. Kalau tak dapat tahun ni, moga dapat tahun depan. Cuma disiplin kena lebih kuat supaya duit tu tak terguna untuk perkara lain.

Selamat mencuba.

Kerja, Sambung Master atau Kahwin?

Dilema yang mengganggu bagi seorang mahasiswa tahun akhir.

Bagi saya masing-masing pasti punya pendapat yang berbeza. Ada yang mahu segera berumah tangga. Ada yang mahu mencari wang membantu keluarga. Tak kurang juga ada yang mahu menambah ilmu di dada.

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pandangan saya tentang isu ni.

Kerja

Bagi mereka yang datang dari keluarga sederhana dan kurang berkemampuan, saya rasa ini adalah pilihan yang tepat. Ya la, nak sambung belajar atau nak kahwin kedua-duanya mesti pakai duit kan? Tambah pula kalau waktu degree dulu dah banyak terhutang dengan PTPTN. Takkan la kita nak menambah hutang yang sedia ada dengan membuat pinjaman lagi untuk sambung study. Continue reading

Kak Wahida Rahim, Semoga Allah Merahmati Akak

 

Baru-baru ni kecoh pasal seorang senior saya yang telah melafazkan murtad. Bagi sesiapa yang terbaca kisahnya, saya mohon untuk berhenti ‘sharing’ artikel yang mengaibkan dirinya dan keluarganya itu.

Untuk makluman, saudari Wahida menghidap penyakit bipolar (satu penyakit yang mengubah identiti pesakit menjadi indentiti yang lain). Sebelum ini saya pernah berkawan dan menasihati kak wahida di Facebook. Namun, apabila dia agak keterlaluan dalam komen di status-status saya berkaitan agama, saya terpaksa menyekat beliau dari mengakses akaun saya.

Sepanjang saya mengenali kak Wahida sejak sekolah, kak Wahida seorang yang taat kepada agama dan merupakan pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran. Tapi, setelah mengalami sedikit kegagalan sewaktu PMR, kak Wahida mengalami tekanan perasaan. Ada juga yang kata, tekanan tu dari keluarga. Wallahua’lam.

Beberapa kali beliau menceritakan saya perkara-perkara pelik tentang iluminati & dajal. Gambar profil Facebook dia juga sering berubah-ubah. Sekejap bertudung, sekejap tak. Kadangkala berpurdah. Gambar yang dikongsi juga seakan-akan tak menggambarkan dirinya seorang Muslim.

Tetapi, setelah saya tahu penyakit yang dihidapi oleh kak Wahida, saya berlapang dada, dan saya pasti dia melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya sebagai seorang Muslim itu dalam keadaan dia tidak sedar.

Bukankah nabi pernah bersabda;

“رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل”

(رواه الإمام أحمد في مسنده)

“Terangkat kalam (Allah tidak akan menyiksa) manusia keatas tiga perkara, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang gila sehingga dia sedar dari gilanya.”

Semoga Allah merahmati Kak Wahida Rahim dan memberi kekuatan kepadanya dan keluarga dalam menghadapi ujian Allah ini.

Mengimbau Pengalaman Diberi Kehidupan Kedua

Bunyi ambulans jelas kedengaran.

“Sabar ea yam, ambulans dah sampai. Japgi kita ke hospital,” saya memberitahu ukhti yang terbaring di atas jalan.

Mereka yang disekeliling membantu Mariam naik di atas stretcher dan pegawai kesihatan menolak masuk Mariam ke dalam ambulans. Saya turut naik untuk di bawa ke hospital berdekatan. Saya mengabaikan soalan yang ditanya oleh pegawai polis kerana saya juga perlu mendapatkan rawatan.

image

——

Mengimbau kenangan hampir 8 bulan yang lalu. Saat orang lain sibuk dengan buku kerana peperiksaan akhir bakal bermula tak kurang dari seminggu, saya bersama Mariam merancang untuk bertemu dengan adik-adik sasaran mad’u di kolej kediaman universiti yang terletak agak jauh dari tempat tinggal kami.

Tiga hari sebelum… Continue reading

Ini Perjalananku. Anda Bagaimana?

Selesai sarapan pagi, diri bergegas ke surau fakulti. Kelas Family Law akan bermula tepat jam 9.00 pagi. Tinggal lagi 15 minit sebelum kelas bermula.

“Insya-Allah, sempat. Dua rakaat ja nak solat Dhuha. Tak yah duk bagi alasan nak tinggai Dhuha sebab kelas. Satgi dah la kelas sampai pukui 1 straight. Mana sempat nak solat dah,” bermonolog seorang diri. Dengan penuh hemat menyusun kasut di rak kasut dan masuk ke surau. Ada dua orang student tamhidi sedang berehat di tepi dinding. Selesai mengambil wudu’ sambil menyiapkan diri untuk menghadap Ilahi sempat berbual-bual dengan seorang dari mereka.

“Adik student tamhidi ea? Tamhidi apa ea?” soal saya menyibukkan diri untuk membina hubungan antara saya dan dia.

“Ya. Tamhidi Syariah Undang-undang. Akak?” jawapan yang pendek dan menyoal balas.

“Akak student fiqh fatwa. Tahun dua. Dulu tamhidi law jugak. Ok blajar?” soal saya kembali.

“Alhamdulillah ok setakat sekarang,” jawabnya. Otak ligat memikirkan cara terbaik nak teruskan hubungan ni.

“Banyak buku kena beli? Akak dulu masuk2 dah kena beli buku macam2. Mahal pulak tuh. Bila student degree dah masuk, baru tau buku sebenarnya tak mahal mana pun.” Ramah saya menceritakan tanpa meminta. Continue reading

Tarbiyyah Free?

Alhamdulillah..sekali lagi Allah menduga diri ana untuk menguji tahap kesabaran ana yang ciput ni..huhu..ujian tu tarbiyyah dan tanda sayang Allah kan? Tulisan sekadar luahan perasaan dari seorang insan yang lemah..

 

Ce Kuat Sikit!

Teringat antara pengisian terawal sewaktu mula-mula bergelumang dengan iCircle (islamic circle/usrah) ni. Murabbiah ana terangkan antara 10 muwasofat tarbiyyah. Salah satu darinya ialah, Qawiyyul Jism (kuat tubuh badan).Bila sakit gini memang terasa sangat yang diri ni rasa cam lembik sangat-sangat.(*crying). Tapi mungkin jugak ni sebahagian ujian dari Allah dan Allah sebenarnya nak menilai bagaimana kita terima semua ujian tu. Alah, sakit sikit je pun. Setakat demam dua hari, selsema dan batuk tu benda normal la. Continue reading

How Are You Dear? (Nasihat Seorang Ukhti)..

Slm..
Ukhti apa khabar? dah ok ke demam?
Fasa sekarang maybe ukhti sangat down kan..
Akak tak tau apa yang akak boleh tolong..
Banyakkan baca quran, solat sunat.. telusuri kembali sirah2 rasul yang banyak menguji kesabaran dan kehidupan seorang insan..
Semoga dapat kita ambil iktibar dalam kisah2 sirah tu..

Setakat yang akak mampu, akak dah cuba buat.. untuk mengurangkan (even sikit sahaja) burden antunna..

Disamping sama2 berdoa semoga semua usaha kita Allah permudahkan.. i’Allah..

Ukhti yakin ye, ni adalah part of tarbiyah.. mungkin ukhti akan kata: “mudah utk akak cakap, tp yg rasa adalah ana”..  Continue reading

Izinkanlah Dirimu Berada Di Madrasah Tarbiyah Itu

Nukilan buat seorang ukhti yang sangat ku sayangi kerana ALLAH.

Ukhti, dari jauh ku perhatikan dirimu, ku mengikuti perkembanganmu, kau dah semakin jauh dari ku. Tidak seperti dulu lagi. Ku dan kau masing-masing membawa haluan diri. Dahulu, ku gembira bersamamu. Ingatkah kau lagi tentang sejarah perkenalan kita. Bibit-bibit kemesraan yang menguatkan lagi ukhuwah antara kita. Bertapa ku sayangi dirimu saat itu. Ku terlalu asyik dengan kasih sayang darimu. Continue reading