Salam Imtihan

Salam Imtihan

Buat semua mahasiswa seluruh Malaysia, selamat menduduki peperiksaan.

Saya sering ingatkan kepada diri, para murobbi dan mutarobbi, dalam pembentukan diri sebagai individu muslim yang berjaya, ingatlah kejayaan dalam peperiksaan juga adalah sebahagian darinya.

Apakah kita hanya perlu melahirkan muslim yang mantap dari sedi sahsiah tapi gagal dalam menuntut ilmu? Bagaimanakah Islam mampu tertegak tanpa Muslim mengambil berat tentang perkembangan kemajuan Islam itu sendiri?

Ingatlah, sebagai seorang MUSLIM kita bukan hanya perlu pakar sekadar akidah dan ilmu agama. Bahkan lebih dari itu. Ilmu sains, ilmu matematik, ilmu penciptaan, ilmu politik, ilmu ekonomi, ilmu sosial, ilmu teknologi dan semua cabang ilmu itu merupakan fardhu kifayah bagi Muslim.

Seriuslah dalam menuntut ilmu, agar kita dalam merealisasikan impian dalam membentuk ustaziatul alam.

Advertisements

Kak Wahida Rahim, Semoga Allah Merahmati Akak

 

Baru-baru ni kecoh pasal seorang senior saya yang telah melafazkan murtad. Bagi sesiapa yang terbaca kisahnya, saya mohon untuk berhenti ‘sharing’ artikel yang mengaibkan dirinya dan keluarganya itu.

Untuk makluman, saudari Wahida menghidap penyakit bipolar (satu penyakit yang mengubah identiti pesakit menjadi indentiti yang lain). Sebelum ini saya pernah berkawan dan menasihati kak wahida di Facebook. Namun, apabila dia agak keterlaluan dalam komen di status-status saya berkaitan agama, saya terpaksa menyekat beliau dari mengakses akaun saya.

Sepanjang saya mengenali kak Wahida sejak sekolah, kak Wahida seorang yang taat kepada agama dan merupakan pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran. Tapi, setelah mengalami sedikit kegagalan sewaktu PMR, kak Wahida mengalami tekanan perasaan. Ada juga yang kata, tekanan tu dari keluarga. Wallahua’lam.

Beberapa kali beliau menceritakan saya perkara-perkara pelik tentang iluminati & dajal. Gambar profil Facebook dia juga sering berubah-ubah. Sekejap bertudung, sekejap tak. Kadangkala berpurdah. Gambar yang dikongsi juga seakan-akan tak menggambarkan dirinya seorang Muslim.

Tetapi, setelah saya tahu penyakit yang dihidapi oleh kak Wahida, saya berlapang dada, dan saya pasti dia melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya sebagai seorang Muslim itu dalam keadaan dia tidak sedar.

Bukankah nabi pernah bersabda;

“رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل”

(رواه الإمام أحمد في مسنده)

“Terangkat kalam (Allah tidak akan menyiksa) manusia keatas tiga perkara, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang gila sehingga dia sedar dari gilanya.”

Semoga Allah merahmati Kak Wahida Rahim dan memberi kekuatan kepadanya dan keluarga dalam menghadapi ujian Allah ini.