Tarbiyyah Free?

Alhamdulillah..sekali lagi Allah menduga diri ana untuk menguji tahap kesabaran ana yang ciput ni..huhu..ujian tu tarbiyyah dan tanda sayang Allah kan? Tulisan sekadar luahan perasaan dari seorang insan yang lemah..

 

Ce Kuat Sikit!

Teringat antara pengisian terawal sewaktu mula-mula bergelumang dengan iCircle (islamic circle/usrah) ni. Murabbiah ana terangkan antara 10 muwasofat tarbiyyah. Salah satu darinya ialah, Qawiyyul Jism (kuat tubuh badan).Bila sakit gini memang terasa sangat yang diri ni rasa cam lembik sangat-sangat.(*crying). Tapi mungkin jugak ni sebahagian ujian dari Allah dan Allah sebenarnya nak menilai bagaimana kita terima semua ujian tu. Alah, sakit sikit je pun. Setakat demam dua hari, selsema dan batuk tu benda normal la. Ce kuat sikit! Jangan lembik sangat! Zaman Nabi dengan sahabat dulu lagi teruk ujian Allah bagi tau. Tapi kalau depa lemah agak-agak nak sampai tak Islam kat hang? Kuat2!(*ntah apa2 dah). Bila dah hilang nikmat sihat, baru terasa yang kadang-kadang kita lupa bersyukur setiap pada hari-hari yang kita sihat. Sebab tu kena jaga kesihatan. Salah satu caranya dengan selalu riadhah. Baru la badan tu kuat sikit.(*memandai je bagi nasihat..hang tu bila nak buat.. ;p).

Semua ni tarbiyyah!

Sambungan kisah surat dari ukhti N. Mesti mereka yang baca tu kurang faham kan? Meh ana ceritakan serba ringkas apa yang berlaku untuk dijadikan iktibar.(*jangan cepat sangat down macam ana). Nak dipendekkan cerita, setelah hampir sebulan lebih bertungkus-lumus menguruskan satu program yang bakal berlangsung di universiti, akhirnya kami team yang menguruskan program berkenaan mendapat arahan untuk menyerahkan program tersebut kepada akak2 senior kerna kami dikehendaki mennyertai mukhayyam pada tarikh program tersebut bakal berlangsung.(*eleh, s/u je pun). Perasaan time tu, Allah je yang tau. Ya la, kita yang run program tu dari awal. Mestilah nak tengok keberlangsungan program. Berjaya ke tak program tu. Sambutan pelajar dengan program kami macam mana. Dan akhirnya ana belajar apa itu erti berlapang dada.(*sangat-sangat susah rupanya). Andai ana down sebab pertembungan antara dua program penting ni, ana rasa memang sangat perlu muhasabah semula keikhlasan ana.(*teringat dulu pernah wat artikel tentang ikhlas..kena apply ni). Tarbiyyah ni boleh dapat kat mana-mana dan bila-bila je kan? Lagi satu yang ana perlu muhasabah. Dan antara 10 muwasofat tarbiyyah adalah bermanfaat untuk orang lain. Program ni macam mana pun tetap perlu diteruskan. Dan masa ni lah sebenarnya untuk ana manfaatkan diri ana untuk orang lain. Untuk mahasiswa Islam khususnya. Betul tak?(*sebab program tu memang fokus untuk mahasiswa dan tajuknya, “Simposium Kewangan dan Keushawanan Muslim”. Jom pakat pi!)

Serabut pun Tarbiyyah?

Sem yang bagi ana sangatlah tidak terurus.(*bukan diri tapi amal). Serabut sangat nak uruskan amal ana. Dengan sibuk uruskan program. Nak mantapkan tarbiyyah. Cari mad’u. Memang tersangatlah tidak terurus. Tu belum masuk bab akedamik. Owh. Tersangatlah serabut. Assignment memang banyak sangat. Dan hampir kesemua settlekan last minit.(*wat cam bagus.t dapat result ciput baru tau). Masih kurang lagi satu sifat perbadi muslim iaitu terurus urusannya. Masih banyak lagi kecacatan rupanya diri ini. (*sedih). Masih belum dapat menjadi individu Muslim yang baik. Bagaimana nak bina baitulmuslim kalau asasnya pun masih goyah? (*muhasabah..tu la..selalu sangat pikir nak kawin awal..dah sedaq sekarang?).

Tanya Iman

Dan apa sahaja sekalipun sebenarnya berbaliklah pada iman kerna iman adalah asas segalanya..(*…)

**dah2..pi stadi..mid-term falak tak baca apa lagi..sempat lagi tuh duk pi tulih panjang berjela-jela..haishh..apa nak jadi..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s