Dakwah. Macam Nak Pi Berperang??

Menyambung penulisan cerita yang lepas.. Ini Perjalananku. Anda Bagaimana?

Alhamdulillah selepas membina hubungan baik dengan adik2, saya merancang strategi. Teringat semalam sewaktu berbual dengan rakan sebilik. Dia kata,

“Nak pi berdakwah pun ada strategi? Bunyi macam nak pi berperang.”

Sebenarnya itulah lumrah di medan dakwah. Sangat memerlukan strategi. Kerana kurang merancang strategilah ramai daie yang kecundang. Kita nak membina individu2 muslim. Nak mencari kader2 (tentera2) dakwah. Penyusunan gerak kerja yang terancang sangat diperlukan. Itulah yang dinamakan seni dan strategi berdakwah.

Jumaat minggu itu, sekali lagi bertemu dengan mad’u dalam halaqah mingguan. Halaqah itu halaqah terakhir sebelum masing2 akan disibukkan dengan ulangkaji sempena pepreriksaan akhir yang semakin hampir. Sebagai seorang murabbiah, terasa bertanggungjawab untuk melatih depa mencari mad’u. Kami menyusun perancangan bersama. Alhamdulillah, akhirnya kami bersepakat untuk turun menziarahi adik2 yang telah saya temui pada selasa malam pada minggu berikutnya.

 

Selasa Malam

Tepat jam 8.15 malam, berbekalkan flyers yang dibuat, kami turun ke rumah adik2 yang saya jumpa minggu lepas. Actually tak la turun sebab rumah depa tingkat 3. Kena naik tangga la jugak. Sampai di depan pintu, masing2 saling memandang satu sama lain. Akhirnya saya ambil keputusan untuk ketuk pintu dan terus masuk ke rumah depa. Dengan slumber saya tanya,

Husna ada? (nama adik yang saya temui di surau ketika waktu dhuha itu)

Alamak! Dia dah tidoq la pulak. Mencari point untuk terus berada di rumah itu. Dengan Husna tu je yang rapat terlebih pun. Yang lain setakat jumpa sekali kenal gitu2 je. Ok2. Bertenang. Tarik nafas. Meneruskan soalan kepada ahli bait yang lain.

Saya: Ingat akak lagi tak? Kita pernah jumpa kat depan surau dulu.
Ukht: Owh. Ingat2. Akak nak jumpa husna ke? Dia tidur. Tadi petang dia gi library. Letih sangat kot.
Saya: Tak pa la. Tak yah kejut dia. Akak datang ni nak ajak adik2 pegi program minggu depan.
Ukht: Program apa tu kak?

Kami pun meneruskan perbualan. Saling bertukar2 cerita tentang hidup sebagai seorang mahasiswa. Saya membiarkan mutarabbi untuk lebih bercakap berbanding diri saya. Alhamdulillah. Nampak begitu bersemangat. Dalam hati berdoa, semoga satu hari nanti beliau akan mejadi lebih hebat berbanding saya. Fungsi saya pada malam itu sepatutnya memang sebagai pemantau sahaja. Ini juga merupakan pengalaman kedua setelah kecundang pada sem yang lepas. Semoga sem ini membawa sem ini membawa sinar baru dan menambahkan semangat untuk meneruskan amal di daerah ini.

Setelah hampir setengah jam berbual2, kami meminta izin untuk pulang. Berpindah ke rumah sebelah. Seram. Ada seorang pelajar terbaring di ruang tamu. Pengsan. Bila disoal sebab kenapa jadi macam tu, ahli bait yang lain cakap dah biasa. Dia terlampau tertekan. Bila malam ja akan jadi macam tu. Nampaknya macam kurang sesuai untuk terus berlamaan di rumah tersebut. Kami mengedarkan flyers dan terus mengundurkan diri.

Sebelum pulang ke rumah masing2, kami berkumpul sebentar untuk membuat rumusan dan merancang untuk proses follow up seterusnya. Saya cuba memahamkan tanggungjawab dakwah kepada depa supaya depa lebih faham dan jelas. Dakwah sangat memerlukan pengorbanan. Selepas ini akan lebih banyak siri2 pengorbanan yang perlu ditempuh. Besar harapan saya untuk depa.

Ya Allah, Kau mudahkanlah perjalanan dakwah kami.

Hujung minggu itu, sepatutnya saya turut serta dalam prgoram bbq sempena sambutan pelajar baru. Namun terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menghadiri majlis kawin abang. Meninggalkan sepenuhnya kepada mutarabbi untuk follow up adik2 itu.

(bersambung..)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s