Dakwah. Macam Nak Pi Berperang??

Menyambung penulisan cerita yang lepas.. Ini Perjalananku. Anda Bagaimana?

Alhamdulillah selepas membina hubungan baik dengan adik2, saya merancang strategi. Teringat semalam sewaktu berbual dengan rakan sebilik. Dia kata,

“Nak pi berdakwah pun ada strategi? Bunyi macam nak pi berperang.”

Sebenarnya itulah lumrah di medan dakwah. Sangat memerlukan strategi. Continue reading

Advertisements

Ini Perjalananku. Anda Bagaimana?

Selesai sarapan pagi, diri bergegas ke surau fakulti. Kelas Family Law akan bermula tepat jam 9.00 pagi. Tinggal lagi 15 minit sebelum kelas bermula.

“Insya-Allah, sempat. Dua rakaat ja nak solat Dhuha. Tak yah duk bagi alasan nak tinggai Dhuha sebab kelas. Satgi dah la kelas sampai pukui 1 straight. Mana sempat nak solat dah,” bermonolog seorang diri. Dengan penuh hemat menyusun kasut di rak kasut dan masuk ke surau. Ada dua orang student tamhidi sedang berehat di tepi dinding. Selesai mengambil wudu’ sambil menyiapkan diri untuk menghadap Ilahi sempat berbual-bual dengan seorang dari mereka.

“Adik student tamhidi ea? Tamhidi apa ea?” soal saya menyibukkan diri untuk membina hubungan antara saya dan dia.

“Ya. Tamhidi Syariah Undang-undang. Akak?” jawapan yang pendek dan menyoal balas.

“Akak student fiqh fatwa. Tahun dua. Dulu tamhidi law jugak. Ok blajar?” soal saya kembali.

“Alhamdulillah ok setakat sekarang,” jawabnya. Otak ligat memikirkan cara terbaik nak teruskan hubungan ni.

“Banyak buku kena beli? Akak dulu masuk2 dah kena beli buku macam2. Mahal pulak tuh. Bila student degree dah masuk, baru tau buku sebenarnya tak mahal mana pun.” Ramah saya menceritakan tanpa meminta. Continue reading