The Lion Does Not Respond to the Barking of Dogs

tumblr_ngy04s07Bt1s4shrvo1_1280

[Salakan Kecil Si Anjing Tak Mampu Menggentarkan Jiwa Sang Singa]

Cuba menyelami, menghayati dan menghidupkan semangat si singa dalam diri agar salakan-salakan kecil si anjing tak membantut semangat kepewiraan sang singa.

Agenda kami BESAR dan JELAS. Kami takkan tergugah dengan kutukan dan sindiran dari orang yang kurang faham. Dan tak terusik dengan amaran dan hentaman dari pihak musuh.

Kami yakin dan tetap akan teguh dengan segala prinsip kami berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Itu lah apa yang kami imani selama ini bagi meneruskan perjuangan para nabi.

Advertisements

Berhenti Menjadi Buih

Berhenti Jadi Buih

Berhenti Menjadi Buih

Siapa yang ingin menjadi buih??
Meskipun ia kelihatan besar
Sentiasa ada mengambang di permukaan
Namun di sebalik kebesaran rupa
Keberadaannya hampa makna
Begitulah perumpamaan Nabi kita
Bagi kita semua yang merasa bangga
Yang kaya dengan angka dan rupa
Tetapi miskin ilmu dan budi bahasa

Kita mungkin bangga dengan penampilan
Dengan tudung, kopiah dan sorban
Semua itu tiadalah ertinya jika akhlak runtuh
Fikiran rosak dan perangai angkuh
Dulu di zaman nenek dan moyang
Tudung tidaklah sepopular sekarang
Namun tiada kita temui
Anak bangsa yang membuang bayi

Kita juga bangga dengan bangunan yang tinggi
Kita pun berlumba-lumba mencakar langit tinggi
Meskipun hakikatnya kita pinjam semuanya
Dari sumber alam hingga sumber manusia
Sedikit kepakaran pun kita tak punya
Kita mungkin bangga dengan sambutan besar
Perhimpunan agung dan segala pujian
Untuk sesuatu yang akhirnya kan dilupakan
Oleh penduduk bumi apatah lagi yang di langit

Kita mungkin bangga dengan kereta mewah
Hasil memerah keringat siang dan malam
Harta benda itu ibarat daun-daunan
Pada mulanya tampak indah berseri
Tiba masanya ia kan musnah dan fani
Apalah guna harta berpeti-peti
Jika kelak kepadaNya kita kembali
Sebagai orang yang muflis dan dimurkai

Dr. Khalif Muammar
CASIS

Ringkasan Antara Semalam dan Hari Ini

  1. Risalah Nabi saw – pemisah alam gelap dan cahaya dan pengisytiharan bagi satu sistem baru
    untuk manusia.
  2. Quran menjelaskan segala usul pemulihan sosial berasaskan:
    • rabbaniah
    • ketinggian manusia
    • akidah pembalasan
    • ukhuwwah kemanusian
    • takaful lelaki dan wanita
    • jaminan sosial
    • mengekang nafsu
    • ketegasan undang-undang
    • penyatuan ummat
    • jihad menegakkan kebenaran
    • kepentingan wujud negara Islam
  3. Perlunya amalan disamping teori. Kewajipan akan melahirkan hasil pemulihan manusia:
    • solat dan munajat
    • puasa dan iffah
    • zakat dan infaq
    • haji dan renungan
    • kerja usaha
    • jihad
    • nasihat
    • mencari ilmu
    • muamalah yang baik
    • menjaga jasad
    • solidaritas sosial
  4. Tegak Negara Islam atas asas syumul ini. Lahir kesatuan kemasyarakatan, politik dll. Ia
    berjaya hancurkan keberhalaan, syirik, yahudi dan kristian dari bumi Arab. Terus mara ke
    Eropah dari timur dan barat. Semua laut dikuasai oleh Islam.
  5. Umat Islam mengambil semua tamaddun dunia dengan tapisan Islam.
  6. Faktor kelemahan mula menyerap:
    • perselisihan politik dan perebutan kuasa
    • agama menjadi cakap dan perdebatan
    • tenggelam dalam kemewahan
    • perpindahan kuasa kepada bukan Arab
    • lalai ilmu Sains
    • ghurur dengan kekuatan sendiri
    • terdaya dengan kuffar – jadi pak turut

Pertarungan politik :

Continue reading

Urusan Jodoh ini ketentuan Ilahi

NUN

tumblr rain

Apa yang aku belajar daripada urusan baitul muslim ini adalah kesediaan untuk menerima takdir Allah swt dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Iya. Kadang kala bila difikir-fikir kenapa acap kali urusan baitul muslim kita itu menemui kegagalan dan jalan buntu.

Berminggu lamanya, berbulan lamanya dan kadangkala memakan masa sehingga bertahun lamanya.

Percayalah duhai diri, Allah swt sedang menyediakan yang terbaik untuk kita. Baik untuk urusan dunia, baik juga untuk urusan akhirat. Dan yang terbaik untuk urusan dakwah ini.

Gunakanlah masa yang ada ini untuk mengislah diri.

Masanya akan tiba

 

View original post

Salam Imtihan

Salam Imtihan

Buat semua mahasiswa seluruh Malaysia, selamat menduduki peperiksaan.

Saya sering ingatkan kepada diri, para murobbi dan mutarobbi, dalam pembentukan diri sebagai individu muslim yang berjaya, ingatlah kejayaan dalam peperiksaan juga adalah sebahagian darinya.

Apakah kita hanya perlu melahirkan muslim yang mantap dari sedi sahsiah tapi gagal dalam menuntut ilmu? Bagaimanakah Islam mampu tertegak tanpa Muslim mengambil berat tentang perkembangan kemajuan Islam itu sendiri?

Ingatlah, sebagai seorang MUSLIM kita bukan hanya perlu pakar sekadar akidah dan ilmu agama. Bahkan lebih dari itu. Ilmu sains, ilmu matematik, ilmu penciptaan, ilmu politik, ilmu ekonomi, ilmu sosial, ilmu teknologi dan semua cabang ilmu itu merupakan fardhu kifayah bagi Muslim.

Seriuslah dalam menuntut ilmu, agar kita dalam merealisasikan impian dalam membentuk ustaziatul alam.

Warkah dari penjara

Tapisan demi tapisan demi mencari mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. Semoga kita terus tsabat atas jalan kebenaran.

Surat dari Dr Muhammad Badie’ dari dalam tahanan yang telah disebarkan melalui page rasmi beliau :

“Tuhanmu telah berkehendak untuk mengumpulkan orang-orang yang benar dalam satu kelompok, dan orang-orang yang batil dalam satu kelompok lain, sebagaimana tuhan telah mengumpulkan Musa a.s dan kebenaran bersama pengikut-pengikutnya, seperti Firaun dan kebatilan bersama-sama pengikutnya sehingga apabila tidak tinggal apa-apa pilihan atau cara dan jalan dihadapan para pengikut kebenaran melainkan hamparan laut yang luas dan para tentera dibelakang mereka, maka kemenangan dari Allah akan turun menyelamatkan kebenaran dan para pengikutnya sekaligus menghancurbinasakan kebatilan dan pengikut-pengikutnya.

Yakinlah bahawa kemenangan itu telah hampir dan pengikut-pengikut kebatilan masih menjunjung kebatilan mereka, sedang pengikut-pengikut kebenaran menjunjung syariat mereka untuk membezakan kedua kelompok tadi, maka Allah akan memberi kemenangan kepada kebenaran dan pengikut-pengikutnya, dan menenggelamkan kebatilan berserta pengikut-pengikutnya”

Dr Muhammad Badie’
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin

View original post