Syair Syeikh Yusuf al Qardhawi

Bangunlah para petunjuk jalan yang arif bijaksana untuk mengembalikan keadilan
Bangunlah para penakluk yang mulia dan gagah untuk mencapai kemulian perkasa
Bangunlah untuk memusnahkan segala belengu kerana masanya telah tiba
Kerana manusia ditmpa kecelakan cinta dunia tanpa agama
Marilah kita kembalikan umat, sebagai suatu rahmat bagi seluruh alam
Janganlah kamu berkata; bagaimana? kerana kita ini umat Islam

Wahai saudara Islam di seluruh tempat,
Naiklah ke atas bukit dan laungkanlah azan
Angkatlah al Quran sebagai perlembagan zaman
Penuhilah setiap penjuru dengan berkata “Kami umat Islam!Kami Umat Islam! Kami
umat Islam!
Di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami
Kami rela mati daripada terhina
Alangkah manisnya kematian di jalan Alah!!

Puisi Buat Umar

Umar,
Saat ini aku lihat ramai orang berdalilkan amal mu,
Ketika kau menjadi khalifah satu ketika dulu,
Mereka ingin mencontohi corak pemikiranmu,
Sewaktu hudud ditunda ketika rakyatmu derita kelaparan,
Ketika sadaqah dihentikan dan tanah ditawan tidak dibahagikan,
Mereka mengganggap Al-Quran itu mengikut zaman.

Sayangnya duhai Umar,
Hanya corak pemikiranmu dipandang mulia,
Ketokohan mu dalam pemerintahan setengahnya dilupa,
Mereka hanya mencedok darimu sejuzuk sahaja,
Sejuzuk yang mampu memenuhi nafsu memuas rasa.

Sungguh,
Aku benar harapkan keperibadian sepertimu dalam diri pemuda,
Peribadi yang membuka banyak kota,
Parsi, Mesir, Palestin, Syria,
Menakluki hampir kesemua tamadun mesopotamia,
Dan membebaskan tanah al-Quds yang mulia.

Alangkah bagusnya,
Jika mereka mencontohimu dari segenap perkara,
Sehingga syaitan pun takut padanya.
Agar ummah ini lebih berkembang,
Dan Islam kembali menjulang.