Perginya Seorang Mujahid

10959661_706814846102989_1425203186835610154_n

12 Feb 2015 | Seorang lagi mujahid turut menyusul pada hari yang sama seperti Hassan al-Banna. Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

Sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama.

Sehingga apabila sudah tiada para ulama, :
manusia akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan orang-orang yang jahil,lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain´.

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi)

Pemergian tokoh hebat ini benar-benar menyentap hati. Permata ilmu yang sangat bernilai buat ummah.

Moga tenang berehat di sisi Ilahi.

اللهم اغفرلهم و ارحمهم و عافهم و اغف عنهم

Advertisements

Semalam Ada Pelangi

Semalam Ada Pelangi

Hari ni berjaulah ke Gerik, Perak untuk hadiri walimah kenalan. Dan bersama saya buku ni yang baru dibeli semalam.

Alhamdulillah selesai menamatkan bacaan sebelum kembali ke Nilai. Buku yang mengisahkan kehidupan dua orang pemuda berlainan benua.

Berbeza dengan buku-buku lain, gaya penulisan yang santai boleh mendekatkan penulis dan pembaca. Walaupun hanya setebal 142 halaman, namun buku ini cukup untuk mengajak kita berfikir dan merenung diri.

Benarlah kata penulis buku, Ustaz Syed Ahmad Israa’,

Sifat membeli buku itu adalah baik, tetapi andai dapat membacanya adalah lebih baik. Tetapi yang paling terbaik adalah yang dapat mengambil manfaat darinya dan membumikannya.

Moga dapat mengutip pengajaran dan mempraktiskannya di dalam kehidupan.

Boleh dapatkan buku tulisan saudara Asyraf Farique (Aku Bukan Suparmen) dan Ustaz Syed Ahmad Israa’ ini di kedai buku berdekatan.

Tips Tak Boros & Umrah 2015

Sembang dengan kakak2 ofis. Depa bagi tips kalau nak berjimat dan tak nak boros, hadiahkan diri sendiri dengan satu barang setiap kali gaji. Baki duit tu boleh menyimpan.

Saya hanya diam sambil berfikir sehingga ditanya apa yang saya selalu beli untuk diri sendiri setiap kali gaji.

Selain belanja orang makan dan buat orang rasa hepi, setiap kali gaji saya akan asingkan sebahagian untuk saya buat umrah. Sedikit argumentasi berlaku di situ. Ada yang tak setuju dengan cara saya, ada juga yang setuju.

Entah la. Mungkin saya bukan yang jenis materialistik. Bagi mereka yang gemarkan barangan, mungkin boleh cuba tips tu. Tapi bagi yang jenis macam saya, mungkin boleh simpan dan manfaatkan duit tu untuk bercuti dan sebagainya.

Kaaba_mirror_edit_jj

[kredit]

Bagi saya, azam nak pergi umrah tahun ni buat saya lebih berjimat dan fikir dua tiga kali sebelum buat keputusan beli sesuatu. Kalau tak dapat tahun ni, moga dapat tahun depan. Cuma disiplin kena lebih kuat supaya duit tu tak terguna untuk perkara lain.

Selamat mencuba.

The Lion Does Not Respond to the Barking of Dogs

tumblr_ngy04s07Bt1s4shrvo1_1280

[Salakan Kecil Si Anjing Tak Mampu Menggentarkan Jiwa Sang Singa]

Cuba menyelami, menghayati dan menghidupkan semangat si singa dalam diri agar salakan-salakan kecil si anjing tak membantut semangat kepewiraan sang singa.

Agenda kami BESAR dan JELAS. Kami takkan tergugah dengan kutukan dan sindiran dari orang yang kurang faham. Dan tak terusik dengan amaran dan hentaman dari pihak musuh.

Kami yakin dan tetap akan teguh dengan segala prinsip kami berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Itu lah apa yang kami imani selama ini bagi meneruskan perjuangan para nabi.

Normalisasi

normalisasi

“Majoriti umat Islam hari ini telah terseleweng dari Islam tanpa disedari dan tanpa niat. Untuk mengembalikan mereka yang terseleweng ini ke jalan yang benar amat sukar kerana penyelewengan sudah sebati di dalam tubuh generasi ini.

Disebabkan itulah tiada jalan keluar lain melainkan golongan yang sedar ini perlu mara dan meMIMPIN mereka yang terseleweng meskipun mereka enggan.”

– Abu Ammar, Muntholaq (Bab 1, Sub-topik: Generasi yang Terpedaya).

Normalisasi jahiliyyah yang diprogramkan oleh Yahudi dalam kehidupan masyarakat Muslim telah berjaya melunturkan jati diri Muslim yang sebenar sehingga kebanyakkan dari kita melihat kebatilan itu sebagai satu yang benar dan kebenaran itu sebaliknya.

Dan proses ini akan berterusan selagi mereka yang sedar akan hakikat ini hanya mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan untuk menyedarkan yang lain

Berhenti Menjadi Buih

Berhenti Jadi Buih

Berhenti Menjadi Buih

Siapa yang ingin menjadi buih??
Meskipun ia kelihatan besar
Sentiasa ada mengambang di permukaan
Namun di sebalik kebesaran rupa
Keberadaannya hampa makna
Begitulah perumpamaan Nabi kita
Bagi kita semua yang merasa bangga
Yang kaya dengan angka dan rupa
Tetapi miskin ilmu dan budi bahasa

Kita mungkin bangga dengan penampilan
Dengan tudung, kopiah dan sorban
Semua itu tiadalah ertinya jika akhlak runtuh
Fikiran rosak dan perangai angkuh
Dulu di zaman nenek dan moyang
Tudung tidaklah sepopular sekarang
Namun tiada kita temui
Anak bangsa yang membuang bayi

Kita juga bangga dengan bangunan yang tinggi
Kita pun berlumba-lumba mencakar langit tinggi
Meskipun hakikatnya kita pinjam semuanya
Dari sumber alam hingga sumber manusia
Sedikit kepakaran pun kita tak punya
Kita mungkin bangga dengan sambutan besar
Perhimpunan agung dan segala pujian
Untuk sesuatu yang akhirnya kan dilupakan
Oleh penduduk bumi apatah lagi yang di langit

Kita mungkin bangga dengan kereta mewah
Hasil memerah keringat siang dan malam
Harta benda itu ibarat daun-daunan
Pada mulanya tampak indah berseri
Tiba masanya ia kan musnah dan fani
Apalah guna harta berpeti-peti
Jika kelak kepadaNya kita kembali
Sebagai orang yang muflis dan dimurkai

Dr. Khalif Muammar
CASIS