Blog Dakwah

Mulai hari ini, ruangan ini akan termuat kisah hidup ku mengenai jalan ku untuk menyebarkan seruan-seruan Allah yang Maha Mulia iaitu DAKWAH..

Dakwah bermaksud seruan, atau lebih tepat lagi dakwah ialah seruan kepada perkara ma’ruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran. Jom saya ceritakan bagaimana saya mula jatuh hati pada jalan ni.

Image

Saya dibesarkan dalam keluarga yang berlatar belakangkan agama. Arwah ayahanda saya seorang ustaz. Beliau sangat berpengaruh di kampung dan sangat dihormati dan disayangi oleh semua kenalannya. Saya sangat mengaguminya. Saya berharap dapat menjadi sepertinya suatu hari nanti. Namun, baba bebas dari sebarang keterikatan dengan mana-mana jema’ah. Mungkin itu beza antara kami. Continue reading