Ini Perjalananku. Anda Bagaimana?

Selesai sarapan pagi, diri bergegas ke surau fakulti. Kelas Family Law akan bermula tepat jam 9.00 pagi. Tinggal lagi 15 minit sebelum kelas bermula.

“Insya-Allah, sempat. Dua rakaat ja nak solat Dhuha. Tak yah duk bagi alasan nak tinggai Dhuha sebab kelas. Satgi dah la kelas sampai pukui 1 straight. Mana sempat nak solat dah,” bermonolog seorang diri. Dengan penuh hemat menyusun kasut di rak kasut dan masuk ke surau. Ada dua orang student tamhidi sedang berehat di tepi dinding. Selesai mengambil wudu’ sambil menyiapkan diri untuk menghadap Ilahi sempat berbual-bual dengan seorang dari mereka.

“Adik student tamhidi ea? Tamhidi apa ea?” soal saya menyibukkan diri untuk membina hubungan antara saya dan dia.

“Ya. Tamhidi Syariah Undang-undang. Akak?” jawapan yang pendek dan menyoal balas.

“Akak student fiqh fatwa. Tahun dua. Dulu tamhidi law jugak. Ok blajar?” soal saya kembali.

“Alhamdulillah ok setakat sekarang,” jawabnya. Otak ligat memikirkan cara terbaik nak teruskan hubungan ni.

“Banyak buku kena beli? Akak dulu masuk2 dah kena beli buku macam2. Mahal pulak tuh. Bila student degree dah masuk, baru tau buku sebenarnya tak mahal mana pun.” Ramah saya menceritakan tanpa meminta.

“Banyak kak.(muka excited). Ni senarai buku2 yang kena beli.(sambil mengeluarkan senarai yang panjang).” Saya melihat dan meneliti satu persatu.

“Owh. Yang ni akak ada pakai dulu. Harga dia RM** ja. Tak la semahai ni. Buku ni pun sama.(sambil menunjuk satu lagi buku yang tertulis). Kawan akak ada jual kitab2 ni. Kalau nak beli t gtau akak. Akak bleh mintak murah. Boleh dapat setengah dari harga buku ni. Adik nama apa ea? Bleh mintak number?” Yes! Akhirnya dapat jugak idea nak mintak number dia. Dengan murah hati dia memberi number.

“Akak mintak diri dulu ea. Nak solat kejap. T bila2 akak mesej crita pasal suka duka jadi student tamhidi ni,” sambil bangun untuk solat.

“Ok kak! Jangan lupa tau,” dia pula yang mengingatkan. Saya hanya membalas dengan senyuman.

Alhamdulillah. Pada waktu zohor, sekali lagi bertemu di surau bersama rakan2 serumahnya. Beramah mesra dalam waktu yang singkat. Saya menyatakan niat untuk ziarah ke rumah adik2 bila berkelapangan nanti. Mereka dengan gembira mengalu-alukan kedatangan saya. Sangat teruja pada ketika itu. Satu ikatan yang dinamakan ukhuwah telah terbina. 🙂

Sejak itu, ukhuwah kami bertambah erat. Tertutamanya adik yang mula2 ketemu di surau pada waktu dhuha itu. Maka, bermulalah siri dakwah fardhiah antara saya dan mereka..

[bersambung..]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s