Puisi Buat Umar

Umar,
Saat ini aku lihat ramai orang berdalilkan amal mu,
Ketika kau menjadi khalifah satu ketika dulu,
Mereka ingin mencontohi corak pemikiranmu,
Sewaktu hudud ditunda ketika rakyatmu derita kelaparan,
Ketika sadaqah dihentikan dan tanah ditawan tidak dibahagikan,
Mereka mengganggap Al-Quran itu mengikut zaman.

Sayangnya duhai Umar,
Hanya corak pemikiranmu dipandang mulia,
Ketokohan mu dalam pemerintahan setengahnya dilupa,
Mereka hanya mencedok darimu sejuzuk sahaja,
Sejuzuk yang mampu memenuhi nafsu memuas rasa.

Sungguh,
Aku benar harapkan keperibadian sepertimu dalam diri pemuda,
Peribadi yang membuka banyak kota,
Parsi, Mesir, Palestin, Syria,
Menakluki hampir kesemua tamadun mesopotamia,
Dan membebaskan tanah al-Quds yang mulia.

Alangkah bagusnya,
Jika mereka mencontohimu dari segenap perkara,
Sehingga syaitan pun takut padanya.
Agar ummah ini lebih berkembang,
Dan Islam kembali menjulang.

Advertisements

Hadis 3: Asas Islam

Image

 

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab (ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :

Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak semuanya – hukumnya kafir. Sesiapa yang ingkar salah satu dikira sebagai bukan muslim (ijma). Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) adalah fasiq. Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura adalah munafiq

3) Matlamat Ibadat :

  • Syahadah – syarat diterima amalan lain.
  • Solat – penghubung antara hamba dengan tuhannya – pertama dihisab .
  • Zakat – suburkan harta/ berkat – sucikan diri.
  • Haji – tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya – wajib segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
  • Puasa – syahwat dikengkang/ maksiat terhindar – sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis: 

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.