Kerja, Sambung Master atau Kahwin?

Dilema yang mengganggu bagi seorang mahasiswa tahun akhir.

Bagi saya masing-masing pasti punya pendapat yang berbeza. Ada yang mahu segera berumah tangga. Ada yang mahu mencari wang membantu keluarga. Tak kurang juga ada yang mahu menambah ilmu di dada.

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pandangan saya tentang isu ni.

Kerja

Bagi mereka yang datang dari keluarga sederhana dan kurang berkemampuan, saya rasa ini adalah pilihan yang tepat. Ya la, nak sambung belajar atau nak kahwin kedua-duanya mesti pakai duit kan? Tambah pula kalau waktu degree dulu dah banyak terhutang dengan PTPTN. Takkan la kita nak menambah hutang yang sedia ada dengan membuat pinjaman lagi untuk sambung study.

Cuma, keburukan bila dah kerja, dan dah terbiasa dengan duit, akan buat kita ‘liat’ untuk sambung belajar semula. Ni perkara yang biasa yang selalu saya dengar dari mereka yang sudah berkerja dan mahu menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Plus, bila lama kerja, akan banyak benda lupa tentang masa belajar dulu. Jadi macam susah la sikit dan ambil masa untuk ingat balik ilmu-ilmu yang kita belajar waktu degree untuk digunakan masa sambung master nanti. Tu yang buat kebanyakan orang tak jadi sambung atau berhenti di sekerat jalan.

Apa pun, bagi yang kuat semangat, masih boleh buat part-time master. Tu pun kalau masih bercita-cita untuk sambung belajar sampai peringkat tertinggi lah.

Sambung Belajar

Pilihan yang kedua ni pun ramai juga yang pilih. Tetambah sekarang bila kerajaan bagi bantuan bagi mereka yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat master dan PhD. Bagi yang berkemampuan, atau peroleh keputusan yang cemerlang, saya sarankan pilihan sambung belajar jadi pilihan yang utama. Selain tambah ilmu, saya dapat rasakan yang peluang pekerjaan akan lebih cerah jika kita bergelar pelajar sarjana.

Apa yang saya lihat, sekarang terdapat lambakan pelajar degree di Malaysia. Mahu atau tak, kita kena lebih kedepan supaya dipandang dan diberi pekerjaan. Memandangkan saya memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat master, meh saya ceritakan sedikit prosedur untuk memohon ke peringkat sarjana.

Pertama sekali, pengambilan pelajar sarjana selalunya pada September dan Februari setiap tahun. Jadi, dua tiga bulan sebelum pengambilan, rajin-rajinlah buka website2 universiti untuk buat permohonan. Setiap universiti akan tawarkan sarjana secara research (penyelidikan)/ coursework (kerja kurus)/ mix-mode (dua-dua sekali). Jadi boleh tengok dan buat pilihan. Untuk mode research, kita dah kena ada proposal nak research apa. Selalunya uni akan mintak kita attachkan sekali sewaktu permohonan.

Bila saya google, sebenarnya banyak ja pinjaman atau biasiswa kita boleh apply untuk sambung sarjana ni. Antaranya MyBrain yang disediakan oleh KPM. Bagi yang pernah ditaja oleh JPA waktu degree, boleh mohon untuk tajaan master kalau pointer baik. Selain tu, banyak yayasan dan syarikat-syarikat swasta yang offer untuk biasiswa. Ada juga uni yang tawar biasiswa/bantuan kewangan untuk pelajar. Cuma kena rajin cari.

Untuk pelajar master, kalau nak senang, boleh jadi Research Assistant (RA) untuk pensyarah. Selalunya penyarah ni dapat geran untuk research. Duit gaji yang kita dapat dari RA boleh la guna untuk sara hidup waktu di uni. Senang cerita, hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

Kahwin

No komen. Tapi saya rasa ini antara pilihan yang paling femes dikalangan mahasiswi. Rasa selamat mungkin. Mungkin lah. Lagipun Nabi Muhammad memang galakkan ummatnya kahwin awal kan? Tak salah pun. Tapi still boleh kerja dan sambung belajar kalau dah kawin pun. Tak semestinya duduk rumah saja.

Walaupun post kali ini bagai tak membangun jiwa, tapi sekadar perkongsian buat rakan-rakan semua. Selamat membuat pilihan. ^^v

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s