Normalisasi

normalisasi

“Majoriti umat Islam hari ini telah terseleweng dari Islam tanpa disedari dan tanpa niat. Untuk mengembalikan mereka yang terseleweng ini ke jalan yang benar amat sukar kerana penyelewengan sudah sebati di dalam tubuh generasi ini.

Disebabkan itulah tiada jalan keluar lain melainkan golongan yang sedar ini perlu mara dan meMIMPIN mereka yang terseleweng meskipun mereka enggan.”

– Abu Ammar, Muntholaq (Bab 1, Sub-topik: Generasi yang Terpedaya).

Normalisasi jahiliyyah yang diprogramkan oleh Yahudi dalam kehidupan masyarakat Muslim telah berjaya melunturkan jati diri Muslim yang sebenar sehingga kebanyakkan dari kita melihat kebatilan itu sebagai satu yang benar dan kebenaran itu sebaliknya.

Dan proses ini akan berterusan selagi mereka yang sedar akan hakikat ini hanya mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan untuk menyedarkan yang lain

Hadis 3: Asas Islam

Image

 

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab (ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :

Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak semuanya – hukumnya kafir. Sesiapa yang ingkar salah satu dikira sebagai bukan muslim (ijma). Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) adalah fasiq. Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura adalah munafiq

3) Matlamat Ibadat :

  • Syahadah – syarat diterima amalan lain.
  • Solat – penghubung antara hamba dengan tuhannya – pertama dihisab .
  • Zakat – suburkan harta/ berkat – sucikan diri.
  • Haji – tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya – wajib segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
  • Puasa – syahwat dikengkang/ maksiat terhindar – sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis: 

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Tafsir Fi Zilalil Quran (Dibawah Naungan Al-Quran)

Tafsir Fi Zilal (Dibawah Naungan Al-Quran) (klik untuk download pdf)

Tafsir Fi Zilalil Quran (Dibawah Naungan Al-Quran) adalah sebuah tafsir tulisan Sayyid Qutb yang merupakan salah seorang anggota jemaah Ikhwah Muslimin di Mesir.

Tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan bersandarkan kepada kajian-kajian beliau yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari alQur’an dan as-Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. Beliau memasuki ke dalam penulisan tafsir ini setelah melengkapkan dirinya dengan pengalaman-pengalaman dan kajian-kajian yang kaya di bidang penulisan, keguruan, pendidikan dan pengamatannya yang luas dan tajam dalam perkembangan-perkembangan sosial dan politik dunia semasa. Beliau telah menghabiskan lebih dari separuh usianya dalam pembacaan dan penela’ahan yang mendalam terhadap hasil-hasil intelektual manusia di dalam berbagai-bagai bidang pengajian dan teori-teori, berbagaibagai aliran pemikiran semasa dan berbagai-bagai kajian mengenai agama-agama yang lain. Continue reading

Anda membazir? Anda SYAITON!

 

Ya! Anda lah syaiton itu. Usah menunding jari lagi. Dah berapa lama agaknya anda mengadap laptop semata-mata men’skroll’ mouse untuk mereblog gambar2 yang anda rasakan menarik di ruangan dashboard anda? Jangan berfikir lama kerana semangnya andalah syaiton yang saya dicari. [kalau betul2 membazirkan masa dari tadi la..jangan terasa plak bagi yang tak buat..sapa makan pulut, dia terasa mengantuk]. Mari kita mengisi sedikit masa supaya rupa syaiton sebentar tadi mampu berubah menjadi malaikat sebentar sahaja lagi. Yuk!

Betulkah jika membazir jadi SYAITON?

Nampaknya anda masih mempertikaikan statement yang saya telah buat sebentar tadi. Continue reading

Ikhlaskah Aku? (part 2)

Sambungan dari artikel yang lepas..

3 Fasa Ikhlas

  1. Sebelum beramal : kita hendaklah memastikan apa sahaja yang kita lakukan dimulai dengan niat yang ikhlas dan amal yang akan dilakukan adalah amalan yang sohih bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  2. Semasa beramal : kita perlulah memastikan semasa beramal keikhlasan kita melakukan sesuatu amal itu terjaga kerana bimbang akan timbul bisikan hati yang akan mempengaruhi keikhlasan dalam diri. Pujian atau kritikan orang lain semasa beramal merupakan faktor yang berbahaya pada fasa kedua ini. Continue reading

Ikhlaskah Aku? (part 1)

Pada dua minggu lepas ana diminta oleh seorang ukhti untuk memberikan tazkirah subuh bertajuk ikhlas. So, ana nak share la sikit di laman ana ni tentang ikhlas.

Definisi Ikhlas

Etimologi(bahasa) ikhlas bermaksud memurnikan sesuatu dan membebaskannya dari selainnya. Sesuatu disebut ikhlas apabila terbebas dari kotoran, aib dan tidak bercampur dengan sesuatu apapun sehingga ikhlas disebut sesuatu perbuatan yang terbebas dari kotoran atau campuran.

Manakala secara terminologinya(istilah) ikhlas bererti memurnikan dan membebaskan seluruh amalan peribadatan dari segala bentuk kotoran yang dapat merosakkan kemurniannya dan menodai keikhlasan kepada Allah ta’ala, sehingga amalan tersebut hanya ditujukan untuk mengharap pahala Allah ta’ala semata.

Ataupun definisi yang lebih mudah lagi ikhlas bermaksud apabila seorang hamba melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi larangan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah mendifinisikan ikhlas di dalam ucapannya yang berbunyi, Continue reading