Semalam Ada Pelangi

Semalam Ada Pelangi

Hari ni berjaulah ke Gerik, Perak untuk hadiri walimah kenalan. Dan bersama saya buku ni yang baru dibeli semalam.

Alhamdulillah selesai menamatkan bacaan sebelum kembali ke Nilai. Buku yang mengisahkan kehidupan dua orang pemuda berlainan benua.

Berbeza dengan buku-buku lain, gaya penulisan yang santai boleh mendekatkan penulis dan pembaca. Walaupun hanya setebal 142 halaman, namun buku ini cukup untuk mengajak kita berfikir dan merenung diri.

Benarlah kata penulis buku, Ustaz Syed Ahmad Israa’,

Sifat membeli buku itu adalah baik, tetapi andai dapat membacanya adalah lebih baik. Tetapi yang paling terbaik adalah yang dapat mengambil manfaat darinya dan membumikannya.

Moga dapat mengutip pengajaran dan mempraktiskannya di dalam kehidupan.

Boleh dapatkan buku tulisan saudara Asyraf Farique (Aku Bukan Suparmen)┬ádan Ustaz Syed Ahmad Israa’ ini di kedai buku berdekatan.