Anda membazir? Anda SYAITON!

 

Ya! Anda lah syaiton itu. Usah menunding jari lagi. Dah berapa lama agaknya anda mengadap laptop semata-mata men’skroll’ mouse untuk mereblog gambar2 yang anda rasakan menarik di ruangan dashboard anda? Jangan berfikir lama kerana semangnya andalah syaiton yang saya dicari. [kalau betul2 membazirkan masa dari tadi la..jangan terasa plak bagi yang tak buat..sapa makan pulut, dia terasa mengantuk]. Mari kita mengisi sedikit masa supaya rupa syaiton sebentar tadi mampu berubah menjadi malaikat sebentar sahaja lagi. Yuk!

Betulkah jika membazir jadi SYAITON?

Nampaknya anda masih mempertikaikan statement yang saya telah buat sebentar tadi. Firman Allah dalam surah al-Israa ayat 27:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya

Ha! Dah terbukti, dan disahkan oleh ayat Quran al-Karim bahawasanya bagi mereka yang membazir itu adalah saudara2 syaitan. Tapi, kenapa agaknya sifat membazir yang terpilih dalam banyak2 sifat mazmumah yang ada untuk mendapat title sebagai saudara kepada syaiton? Tidak lain tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesungguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan. Firman Allah lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 34:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:”Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir.”

Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui.

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya :”Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur”

[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

Adakah saya ‘seorang’ SYAITON?

Mari muhasabah semula diri kita. Apakah kita sebahagian dari mereka yang membazir dan sekali gus menyandang pangkat seorang yang takabbur? Membazir sangat sinonim dalam masyarakat kita dalam hal ehwal perbelanjaan. Namun, taakrifnya kurang tepat kerna membazir itu terlalu luas takrifannya.

Imam Syafi’e telah memberi satu takrif membazir yang pada saya lebih “real”, dan menepati ayat 17:27. Beliau mendefinasikan pembaziran sebagai membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran; in other words, berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat, kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta, masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul, rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya (konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di jalan “ini” merupakan keperluan semasa, tanggungjawab pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai khidmat pulangan kepada masyarakat.

Tapi hakikatnya, segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok; Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk Mungkar. Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaiton. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). Haa.. kira kenalah tu kalau siapa yang membazir dia tu syaiton. Maka, apabila Allah sudah isytihar “Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura”, mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya?

Benarlah juga: Membazir boleh dalam bentuk wang, harta, masa, hidup, umur, tenaga, ilmu, cinta, fikiran, kerja, hati, ingatan dan sebagainya (Ibnul Qayyim). Segala sesuatu jika ditujukan untuk mengingkari Allah, ianya telah menjadi pembaziran yang merugikan. Firman Allah:

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan Telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka Itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi. [58:19]

Berapa ramai sahabat Nabi, yang sebelum memeluk Islam, mereka menghabiskan wang, tenaga, masa dan pemikiran untuk menentang Islam.. tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertekad untuk menggandakan apa yang mulanya digunakan untuk menentang Islam, tapi kini untuk mengembangkan dan mempertahankan Islam. Contohnya Ikrimah & Khalid RA. Mereka sedar expenditure mereka sebelum ini adalah pembaziran yang merugikan.. lalu mereka ingin “membayar ganti rugi” diri mereka dgn memberi bayaran yang sama atau berganda untuk Islam!

Jumhur ulama mengatakan tidaklah pula dikatakan membazir jika perbelanjaan itu dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan dan kebenaran. Kerana itu, bagaimana pendapat anda tentang Abu Bakr dan Suhaib Ar-Rumy yang telah mengorbankan seluruh-luruh-luruh harta benda mereka untuk Allah.. adakah ia merupakan pembaziran? Pada saya, merekalah orang yang paling cermat berbelanja.. Orang yang menyimpan duit untuk melakukan maksiat bukan berjimat cermat. Mengikat perut untuk membeli tiket konsert bukan berjimat. Mengumpul duit untuk belanja girlfriend/boyfriend bukan berjimat.

Oleh itu, para pembaca sekalian, selepas ini, berhati-hatilah dalam perbelanjaan dan consumption anda. Pastikan anda tidak membazir! Rancanglah perbelanjaan anda ke jalan kebenaran dengan memenuhi hak-hak Allah, Rasul, dakwah, keluarga, diri sendiri dan ummah. Kalaulah di hujung bulan pun poket anda kosong dan badan anda letih.. sekurang2nya anda tidak “membazir”..

Dan ingat! bukan hanya dalam perbelanjaan sahaja, tetapi yang lebih penting, rancanglah waktu anda sebaiknya agar tidak terbazir begitu sahaja. Ingatlah masa itu umpama emas, tidak ternilai harga sesaat masa yang berlalu. Ingat. ANDA MEMBAZIR? ANDA SYAITON!

Allahu’a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s