Ce Sabaq Sikit!!

Ai, bunyi tajuk pun dah macam marah. Camna nak sabaq kan?

Setelah lama tumblr ni sunyi sepi akhirnya, setelah mendapat inspirasi dari kejadian yang berlaku sepanjang hari ini, ada la jugak satu dua benda yang boleh dikongsi. Baru semalam je siapkan gif tentang sabar. Tengok2 hari ni memang kena balik la kat batang hidung sendri. Huhu.

Alkisahnya..

Bermulalah cerita di pagi hari terakhir peperiksaan. Ana bagun awal. Tetapi disebabkan waktu yang kesuntukkan untuk tahajud (actually lewat la jugak..hehe), ana pun amik keputusan untuk menangguhkan dulu mandi pagi. Dah selesai solat sunat, terpandang pulak buku untuk exam pagi ni, apa lagi, bermulalah sesi mengkelebek (*membelek) buku sehinggalah terdengar azan subuh. Ana pun sesegera yang mungkin lah solat sebab nak cepat cop bilik mandi. Tengok jam terasa macam awal lagi. Ana pun dengan tenangnya membuka Al-Quran, dan sambung bacaan semalam yang terhenti. Tengah mengaji tu, ada menatang (*binatang) duk terbang di hadapan ana. Sejenis insect. Ana pun biar je la sebab dia tak kacau ana mengaji(*membaca Al-Quran)  pun. Yang bestnya, tetiba dia terbang ke dalam mulut ana. Mau terlekat kat kerongkong (terasa sampai sekarang seksanya). Termuntah-muntah jugak la sebab nak keluarkan haiwan tu. Huhu. Dah terasa lega setelah tekak terasa kehilangan haiwan terbabit, ana pun menyambung bacaan hingga ke akhir surah. Bila selesai ja mengaji tengok2 housemate dah masuk dulu. Sabaq (*sabar) je la. Lama plak dia mandi. Ana pun meneruskan mengulangkaji di saat akhir. Keluar je dia dari toilet, dengan sepantas kilat ana menerpa(*menuju) ke bilik air. Ada pulak la yang potong line. Dengan muka yang kian memasam, ana kembali untuk stadi. Sehinggalah beberapa minit, akhirnya dapat juga menyiapkan diri sendiri untuk hari kertas peperiksaan terakhir, madah Tarikh Mazahib.

Ana dengan housemate ana pun berjalanlah sesegera mungkin sebab maklumlah student tamhidi ramai. Confirm2 nak kena berebut kalau nak duduk dalam bas. Tetiba kawan yang lagi sorang pulak terlewat. Ana memang dari tadika tak suka lewat ke sekolah. Dah terbawa2 sampai ke alam kampus. Disebabkan tak sampai hati nak tinggal Miss A tu, kami (ana dengan kengkwan ana) pun menunggulah sehingga kemunculan dia setelah 10 minit menunggu. Kesabaran yang cukup tinggi ea. Naik dalam bas, ana pun pesan la kat adik yang duduk depan sekali, “Adik, nanti tolong cakap kat pak cik berhenti kat stadium ea”. Dengan penuh pengharapan, ana mengharap adik tersebut akan memaklumkan kepada driver bas supaya berhenti di stadium sebab ana exam pagi tu di stadium. Sesampainya di simpang stadium, [jeng..jeng..jeng], pak cik tak terlajak pulak. Dah la tak masuk dalam kawasan stadium, jenuh (*bersusah payah) la kami berjalan kaki ke stadium tertutup Nilai. Menguji kesabaran betol. Macam nak marah semua orang je rasa time tu. Lemah betul iman. Patang diuji sikit, dah nak marah2. Astagfirullah.

Alhamdulillah exam okey je. Soalan pun tak la susah sangat. Sebelum masuk exam memang kami dah bajet nak kuar awal sebab nak berkejar nak ambil voucher buku Satu Malaysia. Tunggu, punya tunggu punya tunggu, aii, tak kuaq2 (*keluar) pulak kengkawan ana ni. Ana pun dah malas la nak tunggu kat situ. Dah banyak kali kalau menunggu lama asyik nak tukar jawapan jer. Kalau tukar jawapan yang betol takpa jugak, ni duk ashik tukar yang salah. Tepat jam 10.45 ana pun melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan gembiranya. Yang tak gembiranya, tunggu kengkawan ana punya lah lama. Di situ kesabaran sangat2 lah teruji. Memang kalau ikutkan hati, pergi sorang je jalan kaki ke library tu. Tapi, bila fikirkan itu self-fish namanya, ana pun membatalkan niat ana untuk pergi sendiri. Ana memang dari zaman sekolah tak suka berengke (*beramai-ramai sehingga meyukarkan diri sendiri) ni.  Tapi disebabkan rasa perikemanusiaan dalam diri, ana tunggulah jugak sampai 11.10. Sampai kawan ana yang terakhir (Miss A) tu keluar dan pergi bersama2.  Dia lagi. Sabar. Sabar.

Setelah melalui perit panas mentari, akhirnya kami dapat jugak menjejakkan kaki ke library. Fuiyooo. Ramai kot. Fakulti ana yang paling panjang pulak tuh. Aduh, mau tak mau kena ambil jugak sebab kesokkannya ana dah nak balik. Rugi la RM200 kalau tak ambil. Beraturlah ana bersama-sama kawan-kawan ana tadi. Alamak, tengah-tengah beratur ada sekumpulan lelaki (student batch ana jugak) potong queue pulak. Memang tahap kesabaran dah tak tertahan lagi dah. Terdengarah caci maki puji memuji dari sekalian yang beratur. Setelah lebih sejam ana beratur, akhirnya dapatlah jugak ana voucher bernilai RM200 tu. Alhamdulillah.

Ana nak rush sangat untuk dapat voucher tu sebab ana nak ke HEP (Hal Ehwal Pelajar) sebab nak hantar borang terminate PTPTPu. Eh silap. PTPTN. Dah berjalan di bawah cahaya matahari yang perit membakar kulit, kesabaran sekali lagi teruji bilamana kaunter ditutup. Memang hangat betul dah time tu. Tak kira. Ana hantar jugak borang tu walaupun tak bersambut. Ana tinggal je kat meja kaunter tu. Harap2 orang yang bertanggungjawab tu tak buang la borang ana. Dah selesai hantar borang, perut ana yang sejak pagi tadi hanya terisi air milo dengan roti, ana pun mengajak rakan-rakan mencari santapan tengah hari. Memilih tempat yang strategic di kafe FKP, namun kesudahannya tetap sama. Ana memang cukup tak suka makan berdekatan dengan lelaki. Tempat yang ,menjadi pilihan awal, dah student tamhidi lelaki pulak yang duduk di meja belakang kami. Ana pun tukarlah ke meja jauh sikit dari situ. Tetiba ja, student master lelaki pulak yang duduk di meja sebelah kami. Dengan penuh kesabaran, terpaksalah menghabiskan makanan yang ada memandangkan perut dah lapar tersangat dah.

Setelah kekenyangan, ana pun segeralah mendapatkan bas untuk balik ke kolej kediaman. Cadangnya petang tu nak basuh baju. Memandangkan baju yang banyak untuk dibasuh termasuk cadar dan sarung bantal, ana pun bercadang nak pakai mesin basuh di depan rumah ana tuh. Memang dari kat kampus duk menagih simpati kengkawan untuk dapatkan syiling. Dengan semangatnya ana memasukkan syiling2 tersebut dalam kotak duit mesin basuh. Tunggu la ana sampai mesin tu bergerak. Elok bergerak je sat (*sekejap), tetiba.. [tet..tet..tet] mesin tu berbunyi la plak. Sah2 dah rosak. Huhu. Apa lagi, memang menguji kesabaran lah. Rugi RM2 ana. Last2, dengan menggunakan seluruh tenaga yang ada, ana pun mulalah kerja mendobi sehingga semua baju selesai dibasuh dan dijemur. Disebabkan terlalu banyak ujian yang mendatang, menjadi motivasi untuk diri ana untuk menjadi rajin. Haha. Ana iron semua baju kurung dan jubah ana untuk pakai sem depan. Puas ati. Begitulah berakhirnya ujian kesabaran buat diri ana pada tanggal 16 Januari 2012.

Moral of the story…

Kesabaran tu memang mudah untuk diucap, namun hanya iman yang menjadi kayu ukurnya. 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s