Semangat Semester Baru??

Alhamdulillah, mulai hari Isnin ini akan bermulalah kembali kehidupanku sebagai seorang mahasiswi tahun dua Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Universiti Sains Islam Malaysia. Semua rakan-rakan bercakap mengenai dengan semangat untuk semester baru. Ingatlah,

Memiliki IMPIAN sahaja belum cukup. Seharusnya kita memiliki komitmen untuk merasa HARUS dan berTEKAD mencapai impian tersebut.

Tak kurang juga yang mengeluh kerana semester sudah bermula. Terpampang di laman maya Facebook masing-masing bertapa sedihnya untuk meninggalkan kampung halaman tercinta. Memetik kata-kata Pythagoras,

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya BELAJAR, engkau harus menanggung pahitnya keBODOHan.

Diriku tak kurang sedihnya, namun memikirkan ada tanggungjawab di sana memaksa diriku untuk terus bersemangat mencari ilmu di lubuk yang penuh dengan barakah. Ya, mencari ilmu itu memang tujuan utama. Namun, disamping itu masih ada perkara-perkara lain yang perlu difokuskan bersama.

Ok. Back to the topic. Semangat semester baru. Hurmm. Rasanya memang setiap kali bermulanya semester baru kita akan cakap ayat yang sama. Of course yang selalu kita dengar dan baca ialah “nak dapat 4 flat sem ni”. (-_-)”

Lafaz perlulah selari dengan tindakan. Adakah di awal semester kita berazam penuh semangat untuk mendapatkan pencapaian terbaik, tapi akhirnya penat dan tercungap-cungap di tengah jalan?? Semuanya kerana tindakan yang tidak terancang. (huh, dah macam motivator pulak kali ni)

Contoh la kan, nak dapatkan 4 flat semester ni. Kita listkan apa tindakan yang perlu kita lakukan untuk dapatkan target kita tersebut;

  1. Buat nota awal
  2. Tak tidur dalam lecture hall
  3. Ulangkaji setiap hari untuk subjek yang dipelajari
  4. Soal tutor sekiranya ada masalah
  5. Siapkan assignment awal waktu
  6. Menjaga hubungan baik dengan pensyarah dan rakan-rakan
  7. Tidak menganggap remeh setiap test/kuiz yang diberi
  8. Bla..bla..bla..

So, bila dah list tu, jangan la plak simpan ja. Tampal kat mana-mana yang patut supaya kita sentiasa ingat azam kita. Seeloknya bagi perempuan, tampal la kat depan cermin sebab memang sah akan tengok setiap hari sebelum ke kelas. Kalau laki, tak sure plak. Maybe kat depan almari pun sesuai kot. Supaya setiap hari kita dapat memperbaharui azam dan sentiasa terus bersemangat setiap hari.

Bagi yang pernah merasai kegagalan di semester-semester yang lepas, jangan takut untuk mencuba lagi. Teringat pulak waktu sekolah dulu, ana selitkan satu note bawah plastik pembalut meja yang di note tu ditulis

Orang yang tidak pernah GAGAL bukanlah orang yang BERJAYA kerana mereka tidak pernah belajar dari kegagalan dan kesilapan.

Ingatlah kejayaan adalah sekumpulan dari usaha-usaha kecil setiap hari. Teruskan berusaha, dan bermohon kepada Allah semoga dibukakan pintu hati untuk mudah menerima ilmu yang diberi seterusnya berjaya dalam memahami, dan mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut di atas kertas peperiksaan dan juga dalam kehidupan seharian.

Actually, bagi ana, apa yang paling penting sekali dalam setiap perkara yang kita lakukan adalahniat yang ikhlas dan betul. Jangan jadikan hari anda di universiti sekadar hari-hari yang berlalu tanpa niat yang ikhlas dan betul kerana pasti ianya adalah sia-sia. Universiti bukanlah tempat dimana pelajar bertungkus-lumus menghabiskan usia semata-mata untuk segulung kertas (sama ada diploma, ijazah, master, PhD). Universiti adalah tempat di mana kita dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Jom tajdid niat!! Insya-Allah mulai semester ini, kita akan ke kuliah adalah kerana Allah. Ingatlah firman Allah,

“Mengapa tidak pergi dari setiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?” (QS. At-Taubah:122)

Terdapat juga hadith Rasulullah yang menyebut,

“Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam” (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)

Secara ringkasnya kita dah dapat bukti kan bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap individu muslim. Eh, eh, entah apa dah melalut malam-malam ni. Huhu.

Apa pn semangat baru ana sem ni adalah rahsia. Yang pasti, at least akan ada setiap bulan post yang baru untuk tumblelog tersayang ini. Insya-Allah. 🙂

Bersemangatlah kerana kau tahu esok akan menjadi kejayaanmu..

*maaflah andai sedikit merapu kerana sangat mengantuk..(-_-) zZzZ..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s