Ayahanda Dalam Ingatan

Coretan tentang kisah bersama ayahanda tercinta sempena Ramadhan yang menjelang tiba..

Bergambar bersama pelajar SMKAP sewaktu kenduri perkahwinan abang Anwar

Sudah semestinya Ramdhan merupakan bulan yang dinantikan oleh setiap ummat Islam di seluruh dunia. Bulan dimana pahala akan dilipat gandakan, bulan rahmat dan keampunaan dari Sang Pencipta(Allah). Begitu juga dengan diriku. Terlalu mencintai Ramadhan kerana di sinilah madrasah terbaik untuk pentarbiyahan diri.

Bukan fadhilat Ramadhan yang akan ana coretkan dalam coretan kali ini kerana terlalu banyak sudah dituliskan di laman-laman maya. Tapi, sebuah kisah kenangan bersama ayahanda tersayang yang meninggalkan ana pada dua Ramadhan yang lepas. Sebuah kisah yang masih segar diingatan.

Sudah hampir dua tahun baba meninggalkan kami. Kisah Ramadhan bersama baba masih segar di hati. Mengimbau pada usia kanak-kanak, ketika masih di sekolah rendah, setiap kali Ramadhan, pasti saja akan ada salah satu malam baba akan membuat kenduri di masjid. Ana sangat suka menyibuk untuk membungkus makanan-makanan yang baba sendiri masak (dibantu oleh mama). Selalu saja kena marah tapi, disebabkan terlalu keanak-anakan, so, marahan tu sekadar satu suara yang garang dan tidak memberikan kesan apa-apa. ;p

Mengenjak ke sekolah menengah, alhamdulillah rumah sebelah masjid (sewaktu berpindah ke SMKAP). Setiap petang ambil bubur lambuk di masjid sebab baba suka bubur nasi (kanji). Setiap kali lepas balik terawih baba mesti mintak. Di kampung susah nak dapat bubur lambuk percuma. Kalau nak makan bubur, mama kena masakla. Tapi rasanya tak sama macam bubur lambuk sebab lagi sedap. Bila dah naik tingkatan 3, baba bertukar mengajar di SMKA Al-Mashoor (L). Boleh kata waktu Ramadhan, setiap minggu balik. Baba yang selalu ambil di Jeti Pulau Pinang lepas baba balik dari sekolah. Kalau bas sampai lambat, baba kena tunggu la. Huhu. Kesian baba.

Bila masuk tamhidi, dah susah nak balik sebab jauh. Ana tak tau kata baba dah mula sakit-sakit. Baba tak pernah gtau. Time tu baba ada suruh ana balik untuk sambut awal Ramadhan di rumah, tapi disebabkan masih baru di sana, serious ana tak tahu cara yang paling mudah untuk balik. Seminggu lepas Ramadhan berlalu, baba dimasukkan ke hospital sebab penyakit baba dah semakin teruk. Minggu tu ana balik ke kampung dengan kakak. Dari Penang baba terpaksa di’transfer’ ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebab kat sana ada specialist bahagian hati. Selepas menghantar baba pulang, ana terpaksa kembali ke kampus menghabiskan baki pengajian selama seminggu sebelum bercuti sempena hari raya.

Masa ana balik untuk cuti tu, abang Anwar belikan tiket. Memang ana sejak sekolah dah biasa musafir seorang diri. Ana naik komuter dari stesen Nilai ke Seremban dan ambil bas di sana. Dalam bas tu, ana sorang saja perempuan dari 5 orang penumpang. Memang tawakaltu ‘ala ALlah. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke kampung. Pagi tu jugak ana dan adik2 ke Alor Setar sekali lagi untuk menziarahi baba. Baba nampak tak larat sangat. Baba pesan pada ana mintak belikan baju raya untuk adik2. Ana keluar belikan. Baba dah tak lalu makan. Badan baba makin kurus. Cikgu2 dari SMKAP ramai yang datang ziarah baba. Orang kampung datang untuk bagi semangat kat baba walaupun nampak di riak wajah baba, baba dah redha andai ditakdirkan pergi menghadap Ilahi. Ana hanya mampu membaca Al-Quran sebab yakin Al-Quran tu syifa’. Badan baba mula lenguh2. Baba selalu mintak anak2 tolong picitkan.

Malam sebelum baba meninggalkan kami, ana teman baba di hospital. Selepas selesai solat maghrib, ana bukak surah Jinn dah baca. Orang cakap dalam badan baba ada jin. Mana la tau kot surah tu boleh jadi ubat. Selepas selesai baca, baba tanya ana, “dah habis dah mengaji?”. Ana sekadar mengangguk. Pastu nurse masuk untuk cek keadaan baba. Ntah kenapa tetiba dalam sekelip mata nurse cakap jantung baba bermasalah. Nurse buat pemeriksaan jantung. Kemudian disahkan buah pinggang pulak gagal berfungsi. Nurse pasang tube. Baba cakap kat ana, baba tak selesa. Mintak tanggalkan. Ana tak mampu buat apa. Mama cuba pujuk baba supaya bertahan. Baba dipindahkan dari tingkat 8 ke tingkat 4 sebab lagi mudah untuk nurse buat pemerhatian. Malam tu mama tak tidur. Baba di’hemodialysis’. Doktor letak macam2 wire. Baba rimas. Baba dah biasa tidur letak tangan di kepala. Tapi doktor tak bagi sebab ubat susah nak masuk. Nurse ikat sebelah tangan baba. Baba suruh ana bukak. Tapi ana tak berani. Ana cuma cakap doktor tak bagi. Entah masa bila ana terlelap. Mama kejut bila dah nak masuk subuh. Suruh ana soq. Ana makan baki kuih semalam dan minum air. Pastu ana pi solat.

Selesai subuh, ana tertidur sebab semalaman kurang tidur. Sedar2 mama kol cakap baba meronta-ronta nak balik. Ana pi kat baba tengok keadaan baba dah tenang. Nurse cucuk ubat penenang. Mama dah kol abang Anwar mintak ke hospital untuk uruskan baba keluar. Baba mintak air kat mama. Baba minum banyak teguk jugak. Ana start baca surah Ya Siin. Mama mintak ana bacakan Ya Siin. Tak lama lepas tu baba terlelap. Nafas baba pun makin lemah. Tiba-tiba dah tak dengar bunyi nafas. Mama tanya nurse memang macam tu keadaan kalau cucuk ubat tadi. Nurse dah mula kalut. Macam2 nurse buat. Tapi kami faham la yang baba dah tak dak. Zohor, 14 September 2009. Ana bagitau cikgu2 yang selalu ziarah baba. Cikgu2 bagitau, depa baru selesai solat hajat untuk baba mintak disembuhkan. Tapi, dah ditakdirkan baba akan tinggalkan kami. Baru kami tahu pengertian kata2 baba yang meronta2 nak ‘balik’. Rupa2nya balik ke sisiNya.

Tinggal tak berapa hari lagi nak sambut aidilfitri baba tinggalkan kami. Perasaan tu Allah ja yang tau. Ramai yang datang ziarah(mengunjung) baba. Sampai pukul 2 pagi. Baba dikebumikan pagi 15 Sept. Ana sempat bagi penghormatan terakhir untuk baba dengan ikut solat jenazah. Dua jemaah. Yang pertama penduduk kampung. Yang kedua rombongan dari Al-Mashoor(L) sebab terlewat sampai. Baba insan yang sangat disayangi oleh penduduk kampung. Kehilangan baba bukan kami saja yang terasa. Tapi seluruh penduduk kampung dan semua orang yang pernah mengenalinya. Madrasah yang dibina untuk penduduk masyarakat belum sempat digunakan sepenuhnya. Teringat dulu baba pernah tanya ana sebelum bina madrasah tu, “kalau baba tak dak, sapa yang nak teruskan”. Ana beria-ia cakap tak pa, nanti ana boleh tolong2. Tapi ana tak sebegini cepat.

Baba tak tinggalkan harta dunia yang banyak untuk kami. Semuanya disedekah dan diwaqafkan. Duit dalam bank hanya tinggal baki untuk bayar duit tanah yang diwaqafkan untuk madrasah sebab geran tanah yang belum diserahkan oleh tuan tanah. Alhamdulillah urusan tu dah diselesaikan. Duit dalam tabung haji terpaksa digunakan untuk urusan guaman tanah tersebut. Sepatutnya baba akan menunaikan haji tahun tu. Semua dokumen dah settle. Tapi Allah lagi cepat panggil baba untuk menghadapNya. Kereta baba jualkan. Yang ada cuma untuk kegunaan abang Saiful. Rumah, rumah yang kami menetap ni ja la. Tanah pun ni ja yang ada. Yang luas, semua dah diwaqafkan. Kebun, wallahu’alam.

Ana teringin nak jadi macam baba. Dalam bulan puasa memang banyak bersedekah. Selalu ja belikan orang kain untuk buat baju, bagi makan orang bukak puasa. Baru-baru ni orang surau kampung ana cakap dengan mama ana, “kalau ustaz ada lagi, kami dah dapat RM1000 untuk buat kenduri bukak posa”. Ana sendiri pun tak sangka baba boleh infaq sebanyak tu kat surau untuk majlis berbuka. Ya Allah, moga dengan sedekah jariah yang dilakukan didunia, babaku dibalas dengan syurgaMu di akhirat kelak.

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ;Sedekah Jariah, atau Ilmu yang bermanfaat, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya”

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa’i, dan al-Bukhari].

Kenapa ya ana tulis post ni ea? Macam tak dak pengajaran. Lebih kepada coretan hati. Yang ana nak sampaikan, selagi orang tua kita masih ada, berjasalah untuk mereka. Kita memang sering tak menghargai sesuatu yang ada di hadapan kita sehinggalah ia hilang. Namun, bila ia hilang, ingatlah ia mustahil untuk kembali. Lagi satu, bersabarlah dengan apa sahaja ujian yang Allah turunkan kepada kita kerna itulah yang menguji ketaatan kita kepadaNya.

Demi sesungguhnya, Kami menguji orang2 yang sabar itu sedikit perasaan ketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda, kematian orang tersayang dan hasil perusahaan. Khabarkanlah Muhammad berita gembira ini kepada orang yang SABAR. (02:155)

Dan ingatlah,

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal kamu belum datang kepadamu ujian dan cabaran yang telah sampai kepada orang2 terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kemiskinan,penyakit serta ancaman musuh sehingga mereka berkata,’bilakah akan datang pertolongan Allah?’,katakanlah olehmu bhwa pertolongan Allah itu sangat dekat asalkan kamu berSABAR dan istiqamah memegang agama Allah.(2:214)

Firman Allah,

Orang2 yang berSABAR itu ialah mereka yang apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,‘sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan’.Mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dari Allah serta mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk. (2:156-157)

Teringat kata-kata Laksmana Sunan dalam Hijab Sang Pencinta, “Mati itu pasti, hidup itu Insya-Allah”..

*Actually post ni ana dah start menaip sebelum puasa lagi. Tapi sampai tengah2 ja, tangan jadi kaku untuk tekan keyboard. Pepaham la. Huhu. Apa pun selamat mengerjakan ibadah puasa yang hanya tinggal kurang dari separuh bulan sahaja lagi. Semoga bermanfaat untuk semua.^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s