Orang Lain Takkan Mampu Ubah Aku

إن الله لا يغير بقوم حتى يغير ما بأنفسهم

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri. (Ar-Ra’d:11)

Berpegang dengan kata-kata tersebut, ana mula menawarkan diri untuk ditarbiah. Salah satu daripada caranya adalah usrah. Pada mulanya ana pun tak tau sangat apa tu usrah. Main ikut ja. Nampak macam best. Dengar tazkirah, makan-makan. Hujung minggu ada program luar. Ana ikut ja suma program. Alhamdulillah makin lama, makin ana paham apa tu sebenarnya tarbiyah.

Alhamdulillah sudah hampir dua tahun ana di jalan ni. Dan selama dua tahun ni bermacam-macam dugaan yang ana telah lalui. Semua dugaan yang ana hadapi merupakan tarbiah untuk diri ana. Dalam post kali ni, ana akan cuba muatkan dugaan-dugaan genting sepanjang bergelar pelajar tamhidi.

Sebagai seorang pelajar, kita tidak lari dari memikirkan untuk berjaya. Di universiti, kejayaan sebenar bukan lagi hanya pada kejayaan ketika menjawab di kertas peperiksaan seperti di sekolah menengah. Terlalu banyak proses yang dilalui. Kuiz, assignment, presentation, lab dan bermacam-macam lagi sangat di ambil kira. Andai kita tersilap langkah, alamat gagal lah subjek yang diambil. Jadual pembelajaran sangat padat sehingga apabila pulang sahaja ke kolej kediaman ku merasakan diri ini terlalu letih dan bilik hanyalah tempat untuk ana meraih kembali tenaga untuk belajar pada keesokkan harinya.

Bagi sesetengah pelajar, hujung minggu merupakan hari untuk berehat, menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran. Ada jugak pelajar yang meluangkan waktu untuk melakukan hobi yang di minati seperti tidur, lepak, shopping dan menonton cerita korea. Tak kurang juga ada pelajar yang pulang ke kampung setiap kali cuti hujung minggu memandangkan kampung halaman hanyalah beberapa batu dari universiti. Kehidupan biasa sebagai seorang pelajar. Bak kata orang putih, “students’ life”. Dan ana merasakan dengan itu tidak lah cukup untuk melengkapkan diri ana sebagai seorang pelajar. Disebabkan itu, ana cuba menolak segala alasan yang timbul dan memaksa diri untuk ditarbiah.

Apabila kita mula cintakan kebaikan, syaitan akan selalu menghasut untuk melemahkan kita. Time tu la malas nak pergi usrah. Rasa macam tak cukup masa nak pergi qiam, ikut daurah. Macam-macam alasan yang ana bagi. Tapi, bila tak pergi, kerja tu tak siap-siap jugak. Sama ja kalau pergi atau tak. Memang tipu daya syaitan ni licik sangat. Ana pun pelik jugak entah macam mana ana boleh terpedaya dengan tipu daya dia. Di sebabkan tu ana lebih suka memaksa diri. Biar la kalau tak suka pun ana yakin setiap program yang ana ikuti ada hikmah disebaliknya.

Sampai tahap ni, ana betul-betul terkesan dengan tarbiyah. Ana tak nafikan kadang-kadang diri ana leka dan lalai. Mudah terikut pujuk rayu syaitan. Tapi ana akan cepat-cepat muhasabah diri. Jangan la diri ni rasa enak melakukan maksiat. Ana cuba untuk hindari perasaan tu. Ana akan cepat-cepat mencari kekuatan. Salah satu darinya tumblr ni la. Ana banyak follow blog2 yang ana rasa dapat menenangkan ana. Dari situ ana raih smula kekuatan ana.

Walau macam mana pun tarbiyah tak semestinya perlu berada di dalam halaqah. Zaman moden ni dengan hanya menggunakan hujung jari, kita boleh mentarbiah diri. Semua terpulang kepada diri sendiri. Adakah nikmat syurga yang dicari atau dunia yang sementara ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s