Ikhlaskah Aku? (part 2)

Sambungan dari artikel yang lepas..

3 Fasa Ikhlas

  1. Sebelum beramal : kita hendaklah memastikan apa sahaja yang kita lakukan dimulai dengan niat yang ikhlas dan amal yang akan dilakukan adalah amalan yang sohih bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  2. Semasa beramal : kita perlulah memastikan semasa beramal keikhlasan kita melakukan sesuatu amal itu terjaga kerana bimbang akan timbul bisikan hati yang akan mempengaruhi keikhlasan dalam diri. Pujian atau kritikan orang lain semasa beramal merupakan faktor yang berbahaya pada fasa kedua ini.
  3. Selepas beramal : fasa ini merupakan fasa yang paling sukar kerana fasa ini sangat panjang. Dan fasa ini selalu diabaikan oleh orang lain. Kita perlulah memastikan keikhlasan yang dimulakan pada fasa pertama dan kedua dijaga. Sebagai contoh, kita melakukan derma. Fasa pertama dan kedua dilepasi dengan baik. Tetapi sangat membimbangkan seandainya pada fasa ketiga amal yang dilakukan rosak kerana selalu menjadikan sebutan orang ramai dan timbul perasaan riya’ dalam diri sendiri.

Jadi, perlulah diingatkan kepada diri kita sendiri mengenai ketiga-tiga fasa supaya kita dapat melaluinya dengan baik dengan harapan semoga semua amalan kita diterima oleh Allah.

Ikhlas dan 4 Jenis Golongan

  1. Terbaik – iaitu orang yang beramal dengan ikhlas lalu dia memperoleh pelbagai manfaat disebalik amalannya itu sehingga akhirnya menjadikan dirinya bertambah-tambah ikhlas.
  2. Beruntung – orang yang pada awalnya tidak ikhlas dengan beramal namn akhirnya setelah beramal dia menemui pelbagai manfaat dari amalannya itu sehingga dia meneruskan amalan itu dengan hati yang ikhlas.
  3. Rugi – orang yang pada awalnya ikhlas namun semasa dan selepas beramal manjadikan hatinya berubah untuk meraih pujian orang atau mengharapkan keuntungan duniawi.
  4. Menzalimi diri sendiri – orang yang pada awalnya tidak ikhlas melakukan amal tersebut dan semasa dan selepas melakukan amal tersebut menjadikan hatinya bertambah-tambah tidak ikhlas semata-mata kerana pujian orang atau keuntungan duniawi.

Adakah diri kita mahu menjadi orang yang rugi dan menzalimi diri sendiri? Sebolehnya kita hendaklah menjadi orang yang terbaik dan setidak-tidaknya kita mestilah menjadi orang yang beruntung.

Ikhlas itu diibaratkan seperti semut hitam, ber’spek’ hitam, berjalan di atas batu yang hitam di malam yang kelam.

Bertapa sukarnya menilai dan mencari keikhlasan di dalam diri. Seharusnya kita sentiasa memuhasabah diri dan sentiasa mentajdid niat agar segala amal yang dihisab diterima di sisi-Nya. Wallahu’alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s