Blog Dakwah

Mulai hari ini, ruangan ini akan termuat kisah hidup ku mengenai jalan ku untuk menyebarkan seruan-seruan Allah yang Maha Mulia iaitu DAKWAH..

Dakwah bermaksud seruan, atau lebih tepat lagi dakwah ialah seruan kepada perkara ma’ruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran. Jom saya ceritakan bagaimana saya mula jatuh hati pada jalan ni.

Image

Saya dibesarkan dalam keluarga yang berlatar belakangkan agama. Arwah ayahanda saya seorang ustaz. Beliau sangat berpengaruh di kampung dan sangat dihormati dan disayangi oleh semua kenalannya. Saya sangat mengaguminya. Saya berharap dapat menjadi sepertinya suatu hari nanti. Namun, baba bebas dari sebarang keterikatan dengan mana-mana jema’ah. Mungkin itu beza antara kami.

Saya mendapat pendidikan awal di sekolah rendah biasa, kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah menengah agama di negeri Perlis darul Sunnah. Mendapat tarbiah dari golongan salafi secara tidak langsung di Perlis. Pada ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim memimpin pucuk pimpinan di Perlis dan disokong kuat oleh mufti yang merupakan pendakwah bebas iaitu Dr. MAZA. Alhamdulillah, saya mula mengenal kebenaran dan berjinak-jinak dengan dakwah yang cuba disampaikan oleh mereka walaupun mendapat tentangan oleh sesetengah pihak.

Pada tingkatan empat, saya pernah berusrah bersama seorang ustaz yang selalu diadakan di surau sekolah. Saya sempat menghabiskan tafsir an-Naba’ dan hadith pertama dari hadith 40 bersama beliau. Namun entah mengapa usrah itu terhenti secara tiba-tiba. Mungkin pada waktu itu hanya saya yang berminat sedangkan rakan-rakan lain tidak dan akhirnya kami hanya mengikuti halaqah-halaqah umum yang diadakan beliau setiap minggu di surau asrama. Ketika di tingkatan lima, saya ditawarkan untuk mengikut progrm usrah anjuran satu NGO di Malaysia. Namun, hanya beberapa kali sahaja mengikuti usrah kerana kesibukkan naqibah dan status saya sebagai pelajar asrama menyekat pergerakkan saya. Saya masih ingat ketika itu, banyak program-program luar yang dijalankan tetapi saya gagal menghadirkan diri disebabkan kekangan waktu dan aktiviti-aktiviti asrama yang menyibukkan saya. Kefahaman yang cetek membuatkan saya tidak mengerti erti sebenar tarbiyah dan dakwah.

Hubungan saya dengan naqibah terputus setelah saya menjejakkan kaki ke universiti. Di universiti, saya kembali mengikuti usrah namun bukan lagi bersama NGO yang lama. Pada mulanya, saya hanya berminat pada isu Palestin. Saya masih ingat ketika itu keadaan sangat panas ketika Gaza diserang  Zionis. Saya hairan melihat junior saya kehulu kehilir mengikuti program-program anjuran Aman Palestin. Saya tertarik untuk menghulurkan bantuan tenaga andainya diperlukan dan minta diberitahu andainya ada program yang dapat saya ikuti. Pada waktu tu, adik itu hanya berkata, “kalau ampa nak, nanti kami uruskan”.

Tak lama selepas tu, ana dikunjungi oleh umi dan abah adik angkat saya, dan saya diserahkan dibawah penjagaan seorang akhawat. Setelah beberapa minggu berlalu, saya dihubungi oleh seorang ukhti dan dari situlah sesi pentarbiyahan sebenar bermula. Saya mula memberi peluang kepada diri sendiri untuk ditarbiyah kerana dapat merasakan hidup di universiti terlalu kering dari nasihat-nasihat yang boleh membasahkan hati. Alhamdulillah Allah menunjukkan saya jalan yang benar dan tsabat hingga ke hari ini. (hari post ini ditulis)

Namun, untuk betul-betul meyakini fikrah yang dibawa bukanlah mudah. Saya diuji dengan bermacam-macam ujian. Bermula dari tamhidi sehinggalah ke sarjana muda. Ujian yang teramat berat apabila ada seorang ustaz menyuruh saya untuk meninggalkan apa yang saya imani selama ini. Fikrah yang dibawa oleh unstaz tersebut sama seperti apa yang saya pernah terima secara tidak langsung di Perlis dahulu. Bagi saya itu bukan perkara yang mudah. Sudah sekian lama sayabergelumang dengan cara pentarbiyahan yang saya peroleh. Saya yakin, ia tak seburuk yang disangka. Setiap hari saya berdoa agar saya diberi petunjuk oleh Allah agar saya memilih jalan yang benar. Saya mula mengkaji mengenai setiap jemaah yang terdapat di Malaysia. Mencari kekurangan jemaah yang imani sekarang ini. Dipenghujung pencarian saya, saya memilih untuk terus dijalan ni. Saya yakin, saya membuat keputusan yang betul. Ini adalah jalan yang terbaik untuk saya terus ditarbiyah dan berdakwah. Seakan-akan sudah sebati dengan jiwa saya.

Mungkin juga kehilangan baba buat saya merasakan bertanggungjawab untuk meneruskan amanah baba pada saya. Abang-abang dan kakak bukanlah pelajar aliran agama. Saya merupakan satu-satunya anak baba yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Walaupun ini bukan kehendak dan minat saya, saya gagahkan juga untuk membantu memajukan madrasah yang baba wakafkan. Kasihan melihat mama menghabiskan masa dan tenaga untuk memajukan madrasah tu sendirian. Ya Allah, bantulah hambamu untuk terus tsabat dalam ni. Madrasah itu merupakan cita-cita dan cinta saya buat masa ni. Sekuat sayang ana pada baba, begitulah sayang saya pada madrasah baba. Saya berjanji selagi termampu, saya akan berusaha untuk memajukan madrasah tu.

Dan mungkin juga saya merasakan umi dan abah junior saya itu seperti mama dan baba saya sendiri. Mereka sebahagian dari idola saya dalam jalan dakwah. Saya mahu jadikan madrasah baba seperti Baitul Abi. Bahkan lebih dari itu. Saya idamkan lahirnya ikhwah dan akhowat penghafaz Al-Quran dari madrasah saya. Mereka yang betul-betul memahami Islam dan menjadi pendokong dakwah. Saya mahukan perubahan pada kampung dan keluarga saya. Moga Allah mudahkan saya dalam jalan yang sukar ni. Hanya tu yang saya harapkan. Saya dapat merasai kesulitan yang bakal berlaku. Ya Allah, bantulah hambaMu.

Jika baba sudah mewakafkan madrasah untuk dijadikan bekalannya di akhirat, maka saya mewakafkan diri saya untuk perjuangan memajukan madrasah, meneruskan impian baba dan semoga dapat mengembalikan Islam dan menyatukan semua bangsa Melayu di kawasan kampung asaya.

Dakwah di jalanNya…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s